Monday 8 September 2014

Aku & Tupperware

Assalamu'alaikum & selamat sejahtera..

Semuanya bermula mac 2013. Nekad nak guna tupperware.

SEBAB :-

1- Sampah sarap yang terlalu banyak yang dihasilkan oleh kita pengguna. Lebih-lebih lagi polisterin makanan. Kalau hari-hari beli makanan bungkus sebab kerja dan tidak sempat balik rumah. Habis makan polisterin dibuang. Dan semua tahu polisterin tidak akan terurai untuk jangka masa lama. oleh itu, selamatkanlah alam sekitar kita. walaupun usaha sedikit, sekurang-kurangnya ada menyumbang untuk selamatkan alam sekitar. Sejak itu bawa tupperware untuk beli makanan. Tapau!. Mula-mula pakcik kedai macam tak biasa. Lama-lama biasa. xyah plastik x yah polisterin. Alhamdulillah dapat kurangkan sampah yang terhasil.

2- Mak asyik bising kekurangan bekas kalau nak pergi berkelah. Satu keluarga memang rajin berkelah. Tempat kegemaran adalah Pengkalan Balak, Melaka, First set beli adalah set square round dan diikuti yang seterusnya sehingga lengkap set berkelah untuk kami keluarga besar..sebab seboleh-bolehnya nak kurangkan penggunaan polisterin selagi mampu.

3- Pening tengok peti ais penuh dengan plastik. Tidak kelihatan ikan ke daging ke. Set kedua beli freezermate penutup colour purple. Seronok tengok peti ais tersusun rapi. Kemas. Dan yang penting nampak isi dalam. Reka bentuknya solid utk letak dalam freezer. Banyak saiz dan memudahkan kerja penyimpanan. Menyimpan dalam kuantiti sedikit dengan bekas yang kecil. Dan kuantiti banyak untuk bekas yang besar.

4- Produk yang dihasilkan tupperware sangat praktikal untuk dipakai dan yang penting  ada warranty seumur hidup tupperware dengan bersyarat.. Bukan seumur kita tapi seumur tupperware. Maknanya boleh wariskan pada anak-anak dan cucu-cucu kita nanti. Insya Allah. Aamiin. Dan masih ada warranty selagi tupperware tu ada.

5- Paling best! Tupperware boleh jana duit untuk wang tambahan bulan-bulan. Mac 2014. Dah puas guna nak jual pulak. Moga terus kekal dalam bisnes ni. Aamiin. Alhamdulillah dah boleh maintain sales mei hingga ogos seperti target. Hingga kini sangat-sangat berbaloi beli dan guna tupperware.

JOM GUNA & SERTAI TUPPERWARE BERMULA HARI INI!

PESANAN PENAJA :-
Yang paling penting beli tupperware untuk digunakan dan dimanfaatkan bukan dipamerkan. Insya Allah duit yang dilaburkan bukan sia-sia.

Mana-mana yang baru berminat untuk beli tupperware. Baru nak belajar guna tupperware. Berazam untuk buat bisnes tupperware. Nak tahu lebih lanjut berkenaan tupperware. Boleh hubungi saya. Jangan segan jangan malu.

facebook - Azizah Kosnin
whatsapp - 0126540954




No comments:

Post a Comment