Pagi semua. moga hari ini kita diberi ruang dan rezeki yang melimpah ruah. Jangan lupa kongsi rezeki yang Allah bagi dengan yang kurang berkemampuan. Hari ini saya nak kongsi cara untuk jadikan Tupperware kita tahan lama.
Macam mana anda simpan Tupperware anda?
a. Tutup penutup rapat-rapat & susun dalam almari
ATAU
b. Buka penutup & asingkan. Simpan dalam laci dapur
Untuk pastikan Tupperware kita kekal lama kita kena pastikan cara kita simpan Tupperware kita itu dengan cara yang betul. Saya diajar kalau nak simpan Tupperware lepas basuh, tunggu dia kering & kemudian simpan dalam almari dengan cara asingkan seal (penutup) & base (badan). Seal tu pula baringkan supaya rata. Rasionalnya begini ;
- Kalau tegakkan penutup, kalau tidak dipakai, lama-kelamaan penutup akan mengendur @ tidak rata. Jika kita baringkan seal, tak pakai lama pun ia akan tetap rata.
- Bila seal tu ditutup kepada base, kalau ia tidak dipakai lama-kelamaan seal akan ikut bentuk base. Bila kita nak gunakan, kita akan perasan yang seal tu akan longgar, tak rapat seperti baru beli walaupun baru pakai beberapa kali sahaja. Bila kita asingkan, seal tidak mudah longgar.
- Kelebihan pula bila base terbuka, bau-bauan yang terdapat dalam bekas akan cepat hilang. Maka, tidak akan berlaku keropok kita bau biskut.
- Base yang kita buka tu kita boleh tindihkan & simpan jadi sangat jimat ruang. Takdelah almari kita penuh dengan Tupperware yg tidak dipakai.
Lepas ni, bolehlah ke almari Tupperware masing-masing. Buat rebranding untuk selamatkan Tupperware kita dari cara penyimpanan yang salah. Dah beli mahal kan? Jadi simpanlah dengan cara yang betul supaya Tupperware kita tahan lama. Make it worth it to buy. kalau anda rasa tips ini berguna share la dengan kawan-kawan lain ye semoga bermanfaat juga pada mereka.